Thursday, 16 June 2011

SEJARAH & PENGENALAN ACAR BUAH

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis acar yang sering dijadikan makanan sampingan masyarakat Melayu seperti acar buah dan acar timun. Acar adalah sejenis makanan yang dibuat daripada buah-buahan atau sayur-sayuran dengan campuran bahan-bahan lain dan diasamkan dengan cuka. Acar seperti ini pada kebiasaannya dibuat serta dihidangkan pada hari-hari keramaian atau kenduri-kendara. 
Acar juga dikenali sebagai “Achar” dalam bahasa Hindi atau pickle 
dalam bahasa Inggeris. Perkataan “anchar”  bermaksud pelbagai hidangan sampingan yang mempunyai perasa rempah. Acar buah adalah makanan pembuka selera yang dimakan bersama dengan nasi putih atau nasi minyak. Ia dihasilkan melalui campuran buah-buahan jeruk yang dimasak bersama rempah ratus tertentu. Acar buah yang dimasak sempurna dapat bertahan selama beberapa bulan. 
Acar buah 
sangat popular di rantau India,  AsiaTenggara serta kawasan-kawasan yang mempunyai komuniti masyarakat Asia Selatan yang ramai. Di Malaysia acar buah boleh didapati di negeri sebelah utara, terutamanya di Pulau Pinang. 
Di blog ini kami menawarkan acar buah untuk dijual pada harga yang berpatutan. Acar buah kami adalah warisan tradisi dari umie. Acar buah kami amat popular dan laris dijual terutamanya di pasar malam Jalan TAR. 

Sumber:

http://www.daftarwarisan.gov.my/index.php?page=search_result

No comments:

Post a Comment